Sunday 9 October 2011

Tentang Jodoh:- Usahlah Dikau Risaukan...

Adakah Jodoh Ada Kaitan Dengan Keturunan?

Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita.

Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 selepas sembahyang.

Allah Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju? Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan Ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak?

Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.

Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.

Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat.

Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. ”

Seorang teman pernah berpesan..
“Kadang2 Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar..Rupa2nya..Allah nak hadiahkan kita pelangi..”






Jodoh:Jangan mencari terlalu sempurna...♥

Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal..

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU...MENGASIHIMU...Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....


~renungan bersama~

Hargailah orang yang kita sayang...

BILA KITA SAYANG ORANG TU,

kita tunggu dia lama pun xpe, 
tapi bila dia tunggu kita??? dia marah2.. 
Hati kata..ala 'adatlah ada yg tunggu & menunggu... 

BILA KITA SAYANG ORANG TU,
kita x tido pun xpe layan dia yang bosan, 
tapi bila kita bosan,ada dia layan kita??? 
hati kata..xpe dia bz kot... 

BILA KITA SAYANG ORANG TU, 
kita gaduh ngan dia,kita diam je... 
tapi dia heboh 1 dunia, 
hati kata..xpe,dia tention 2... 

BILA KITA SAYANG ORANG TU, 
kita call nak cakap ngan dia, 
tapi dia bagi phone kat orang laen atau matikan, 
bila jadi cam tu, xpe... 
hati kata..xpe,layan je..kawan dia kawan kita juga... 

BILA KITA SAYANG ORANG TU,
kita bercerita ngan dia,cerita nan tunggul ag baik. 
Tapi,bila dia bercerita ngan kita?? 
kita dengar, sepatah2 kita kena ingat.. 
kalau x ingat,kita kene marah.. 
hati kata..xpe,sayang lah katakn... 

BILA KITA SAYANG ORANG TU,
kita & dia lapar, 
tapi kita bagi semua roti kita kat dia, 
hati kata..ala jaga lah hati dia,cian dia... 

BILA KITA SAYANG ORANG TU,
kita sanggup bagi dia rehat bila dia letih, 
tapi bila kita letih, dia suruh juga layan dia bila dia bosan, 
adil ke??? 
hati kata..ala bukan slalu pun... 

BILA KITA SAYANG ORANG TU,
kita jadi cam orang gila dengar dia sakit, 
tapi bila kita sakit,
dia siap kuar ngan kawan2 dia meraikan hari kesakitan kita, 
hati kata..xpe,xkan dia nk berkepit ngan kit 24 jam... 

BILA KITA SAYANG ORANG TU,
kita x pernah pentingkan diri sendiri, 
tapi dia hipokrit tahap gaban, 
hati kata..xpe,dia memang macam tu kene lah terima... 

BILA KITA SAYANG ORANG TU, 
kita sayang nak tinggal kan dia selama-lamanya, 
tapi dia xtau kita berdepan dengan maut, 
walaupun kita sakit,dia kata kita sakit biase-biase je,jangan mengarut, 
hati kata..macam mana lah dia bila kita x ada, mesti dia happy... 

BILA KITA SAYANG ORANG TU,
kita x sanggup tengok orang dia menderita, 
tapi dia x pernah hargai diri kita, 
hati kata.. tau x betapa kita sayang kat dia...? 

BILA KITA SAYANG ORANG TU,
kita sanggup tinggal kan dia selama-lamanya untuk dia bahagia, 
tapi,adakah dia tau pengorbanan kita? 
hati kata..xpe,janji dia bahagia... 


DAN... 

bila kita dah tinggalkan dia selama-lamanya, 
dia datang ziarah pusara kita, 
dia kata dia mintak maaf sebab pernah mengata kita.. 
dia mintak maaf sebab pernah buat kita tunggu dia, 
dia mintak maaf sebab pernah paksa kita layan dia time bosan, 
dia mintak maaf sebab pernah heboh 1 dunia salah kita, 
dia mintak maaf sebab pernah x hirau kan call kita, 
dia mintak maaf sebab pernah x dengar luahan hati kita, 
dia mintak maaf sebab pernah buat kita kelaparan sebab dia, 
dia mintak maaf sebab pernah ganggu waktu rehat kita, 
dia mintak maaf sebab xpernah hiraukan sakit kita, 
dia mintak maaf sebab pernah pentingkan diri sendiri, 
dia mintak maaf sebab pernah tengok penderitaan kita... 

NAMUN semua telah terlambat...

HARGAILAH orang-orang yang kita SAYANG.....



~saya akan hargai awak~