Friday, 18 July 2014

sEnArAi bArAnG kEpErLUaN ibU dAn bAyi

Assalamualaikum...

14 Julai 2008
3 Disember 2011
10 Februari 2013
11 Ogos 2014 

Tarikh apa nie ye? Yang 1st, enam tahun lepas. Kali pertama jejak kaki di IPG dan ter..terjumpa cinta hati. 1st day ok..masa pendaftaran pelajar baru. Alhamdulillah, kini saya sah dan selamat menjadi isterinya. 3 Disember, kami mengikat tali pertunangan. Setahun lebih kemudian (10 Februari 2013), kami selamat dinikahkan oleh tuk imam kampung saya..hihi..Alhamdulillah.. Yang lebih membahagiakan, kini saya hamil 37 weeks (9 bulan lebih) dan dijangka bersalin pada lepaih raya. Due tarikhnya 11 Ogos 2014 ^_^.

Kalau nak cerita pengalaman mengandung pertama ni, memang tak habis cerita 1 hari. Macam-macam pengalaman. Saya awalnya mengalami alahan yang sangat teruk hingga berat badan turun hampir 7kg dalam masa 3-4 bulan. Sehingga sekarang, 9 bulan nie..saya tak da selera makan dan makan sesenduk nasi je sehari (lapaqq tapi tak tahu nak makan apa). Masa bulan ke 5, mula lalu makan sikit-sikit dan dah tak alah pada bau minyak, tumis dan lain-lain. Sepanjang 9 bulan, dah 6 kali saya scan baby comel nie dan 4 kali disahkan puteri. Semoga puteri ibu menjadi penyejuk mata dan hati serta menjadi anak yang solehah. Ameenn.. Tapi, my cousin hari tu, scan 90% kata girl, tapi keluar yang 10%, boy. Depa siap beli baju gaun dan barang kemas lagi. Yang tu saya paling risau. Saya tak kisah jantina boy ke girl, janji anak nie sihat walafiat, sempurna segalanya. 

Start 4 bulan, masa ayah dia balik dari Sabah, masa tu kali pertama saya merasai pergerakan baby. Baby excited kot sebab dapat jumpa ayah dia..hihi..padahal ibu yang terlebih excited.. Sampai sekarang, nak dekat due pun, baby masih aktif kuak lentang dan kuak kupu-kupu..heee. 

Hmm, persiapan baby? Alhamdulillah, semua dah ada kecuali breastpump. Kawan-kawan bagitau yang tu tak kisah lambat pun. Lepas habis cuti bersalin baru nak guna. Untuk checklist, saya download dari website siraplimau blogspot. Bagus dan agak lengkap juga. Cuma ada beberapa penambahan yang saya buat. Yang nie website depa http://siraplimau.com/checklist-barang-newborn-baby-bayi-keperluan-ibu-hospital-bersalin/. Semoga ia bermanfaat dan dapat bantu bakal-bakal ibu di luar sana.

Baiklah..nanti saya kongsikan lagi perkembangan terbaru. Jom sama-sama tingkatkan amal ibadat pada 10 Ramadhan yang terakhir. Akhir kalam, mohon maaf kalau ada yang tak suka dengan penulisan saya. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin ye..hihi..kosong-kosong tauu =)


Doa Mudah Bersalin..InsyaAllah..


No comments:

Post a Comment