Wednesday 23 July 2014

cOnFiUs dEngAn tAndA bErsALin !!

Assalamualaikum uollss..



Ada 1 cerita yang saya nak kongsikan bersama teman2 semua. Kejadian tengah hari semalam. Semalam saya memang rasa tak sedap badan dan asyik nak terkencing je. Lenguh-lenguh paha. Tapi sambil-sambil tu saya sempat lagi baca tanda-tanda bersalin atau macam mana pengalaman air ketuban pecah di facebook Pa&Ma. Ala..baca komen-komen orang je. Nak dijadikan cerita, jam 11.30 pagi, saya terus bergegas ke tandas. Legaaa.. Lepas tu, saya terus stay kat tempat saya di bilik guru sambil borak-borak dengan seorang ustazah nie. Tiba-tiba jam 12.30 tengah hari, saya bangun dari tempat duduk untuk cari sorang guru nie. Baru saya perasan ada kesan basah pada kerusi yang saya duduk. 1 tompok sebesar tapak tangan gorila kot..hihihi.. Saya terus tengok belakang baju. Ya Allah, seram rasa bila tengok ada kesan macam baru basah pada jubah yang saya pakai. Baru je baca dan tag suami tentang air ketuban tadi. Saya terus rujuk ustazah yang saya borak-borak tadi. Dia kata air ketuban kot. Dia suruh tunggu, kot-kot akan keluar lagi banyak. Dia tanya sakit tak kat bawah perut? Ngilu tak? Saya jawab  tak rasa pape pun. Saya pun tak sedar yang basah tu. Dia kata kalau sakit, terus balik. 

Saya terus hubungi suami, mak di kampung dan mak mertua untuk tanyakan kejadian nie. Mak kat kampung kata, "yee dah nie mak rase..nak beranak dah nie..". Suami plak get ready dengan full tank minyak dan beg pakaian in case saya admit hospital. Mak mertua dan adik ipar plak get ready kat umah dah untuk bawa saya ke hospital (saya tinggal dengan mertua). 

Balik sekolah, kami berdebar-debar tunggu sama ada saya sakit perut ke idak. Tak sakit pun. Saya naik bilik kat atas, rehat-rehat, baring-baring. Lepas tu mula rasa sakit perut macam senggugut. Nak tido, tak boleh. Pusing kanan, pusing kiri pun tak boleh juga. Mak kat kampung SMS suruh saya buka puasa. Sayang plak sebab masa tu dah nak masuk waktu solat Asar. Tapi, demi keselamatan anak, saya berbuka juga. Minum air masak, makan kurma dengan biskut je pun. Lepas tu sempat lagi minum sesudu minyak kelapa dara. Lepas makan, still sakit, pastu rasa nak buang air besaqq pulak. Lepas tu solat dan terus turun bawah tengok tv. Rasa sakit macam senggugut lagi. Kami plan nak ke hospital kalau masih sakit waktu malam nanti. 

Lepas azan Maghrib, tiba-tiba rasa sakit tu hilang. Anak pun gerak-gerak bila ibu dia minum ais..hihi.. Sampai malam hingga ke pagi nie, saya tak sakit langsung. Saya jadi keliru. Air apa yang keluar. Dah cium tilik-tilik, tapi tak ada bau pulak. Saya makin keliru sebab tak tahu macam mana rasa kalau sakit nak bersalin. Poningg den..kalau ikutkan hari ini, 23 Julai, kandungan saya dah 9 bulan 10 hari. Orang tua-tua kata nak dekat dah. Tak tahulah.... Saya harap sempat suami saya balik in case saya sakit nak bersalin nanti. Ameeennn..

p/s : Blog nie bagus untuk tahu tanda-tanda ibu nak bersalin. http://vitaminpilihansemua.blogspot.com/2013/09/tanda-tanda-hampir-bersalin.html


No comments:

Post a Comment