Friday, 18 July 2014

Hidup Mati Tiada Siapa Yang Tahu

Assalamualaikum semua...

hmmm..hampir setahun rupanya saya tak menulis dan membuka blog ini..dlm masa 1 tahun ini, macam2 perkara berlaku..lately kita digemparkan dengan serangan Israel ke atas Gaza. Yang jadi mangsa kebanyakannya anak-anak kecil dan wanita (maybe depa nak hapuskan keturunan orang Islam kot..jahat sungguh..). Sebelum tu, 8 Mac 2014 (hari lahir abah tuu), masa tu saya on the way ke airport nak fetch up suami yang baru balik dari negeri di bawah bayu. Buka radio dan dengan berita tentang pesawat MH 370 yang dilaporkan hilang di ruang udara Vietnam. Penerbangan Mas dari KLIA ke Beijing, China. Sebelum nie sepanjang hidup tak pernah pun dengar tentang pesawat jatuh terhempas ke, hilang ke..sedih sungguh terutamanya bagi ahli keluarga mangsa. Tapi sampai sekarang masih tak jumpa lagi. Hari ini, 18 Julai 2014, dapat tahu 1 lagi berita yang menggemparkan dan menyadiskan kita semua. Orang pakat duk kata, Mas lagi... Kali ini, lebih menyayat hati sebab semua mangsa terkorban dan melibatkan 35 rakyat Malaysia termasuk anak kapal. Sebab nahas tu terjadi? Katanya terkena peluru berpandu Ukraine. Masa tu pesawat berada di sempadan Russia dan Russia VS Ukraine memang sedang berperang sekarang. Dengar-dengar, rakyat Malaysia yang terlibat ialah pelajar perubatan yang ingin balik beraya di Malaysia. Kesiannya...tak dapat digambarkan macam mana perasaan ahli keluarga mangsa. Pada pendapat saya, mungkin tentera Ukraine yang tersalah lepaskan tembakan tu fikir, kapal terbang tu milik Russia. Bila diteliti bendera Russia dan kapal terbang depa, memang ada iras-iras pesawat Mas. Warna putih, biru dan merah. Tak tahula betul ke tak, ia cuma pendapat saya yang tak berapa pandai ni. Apa-apa pun, Al - Fatihah hanya mampu dikirimkan buat mereka yang terkorban.





Kita yang masih hidup patut bersyukur dan berfikir dengan waras apa yang telah terjadi. Mana-mana kenderaan pun, kalau Allah SWT dah takdirkan kematian kita macam tu, kita kena redha dan pasrah. Hidup mati boleh terjadi di mana-mana dan pada bila-bila masa dalam apa jua keadaan. Sama-samalah kita muhasabah diri.



No comments:

Post a Comment